Tugasan II

TUGASAN II : 
Huraikan Tentang Sumbangan Teknologi Apple Komputer dalam Penghasilan Karya Seni.

Pengasas Apple



Steven Paul "Steve" Jobs (24 Februari 1955 – 5 Oktober 2011)  ialah seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengasas, pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc. Jobs juga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney. Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam filem Toy Story (1995). 

Pada akhir 1970-an, Jobs bersama Steve Wozniak (pengasas bersama Apple), Mike Markkula, dan lain-lain, mereka, membangunkan, dan memasarkan salah satu barisan komputer peribadi yang berjaya di pasaran, iaitu siri Apple II. Pada awal 1980-an, Jobs merupakan antara mereka yang  julang kali melihat potensi komersil antara muka grafik pengguna pacuan tetikus yang membawa kepada lahirnya Macintosh. Setelah kalah dalam perebutan kuasa dengan lembaga pengarah pada tahun 1984, Jobs meletak jawatan dari Apple lalu menubuhkan NeXT, sebuah syarikat pembangunan platform komputer yang khusus dalam pasaran pendidikan tinggi dan perniagaan. Pada tahun 1996, Apple membeli NeXT, maka Jobs kembali ke syarikat lama yang ditubuhkannya itu, dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya pada tahun 1997 hingga 2011. Pada 1986, beliau memperoleh bahagian grafik komputer Lucasfilm Ltd lalu mengubahnya menjadi Pixar Animation Studios. Beliau kekal sebagai KPE dan pemegang saham majoriti pada 50.1% sehingga Pixar dibeli oleh The Walt Disney company pada tahun 2006. Dengan itu, Jobs menjadi pemegang saham individu terbesar Disney pada 7% dan juga ahli Lembaga Pengarah Disney. 

Sejarah perniagaan Jobs telah banyak berbakti kepada imej simbolik seseorang usahawan Silicon Valley yang idiosinkratik dan individualistik, menekankan kepentingan reka bentuk serta memahami peranan penting yang dimainkan oleh estetika dalam menarik perhatian umum. Beliau disanjungi kerana jasanya memajukan pembangunan keluaran-keluaran yang berguna dan anggun pada masa yang sama. Pada 24 Ogos 2011, Jobs mengumumkan perletakan jawatannya sebagai KPE Apple dan bakal digantikan oleh Tim Cook. Atas permintaan beliau, Jobs dilantik sebagai Pengerusi lembaga pengarah Apple. Pada 5 Oktober 2011, Apple mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun.




Sumbangan Teknologi Apple Computer dalam Penghasilan Karya Seni



Kedudukan seni dalam kehidupan manusia merupakan sebahagian yang tidak boleh dipisahkan. Seni itu sendiri lahir dari ekspresiasi manusia terhadap dari segala bentuk keindahan. Kedudukan seni itu sendiri selalu berkembang dari masa ke masa. Seni digital merupakan bentuk seni yang berkembang pesat dewasa ini. Seni digital pada awalnya dimotori oleh Steve Jobs dengan jajaran komputer Apple Macintoshnya. Keadaan ini dilihat pada awal diperkenalkan inovasi GUI (Graphic User Interface) untuk sistem operasi kompter Mac, meningalkan system DOS (Dot Operating System), dunia perkomputeran pun berpaling mengikuti mereka, yang didunia PC (Personal Computer) mulailah dikenal system operasi Windows. 

Mac sendiri merupakan jenis komputer yang memiliki fungsi utama sebagai komputer grafik. Komputer grafik yang dimotori oleh Apple membawa perubahan besar pada dunia seni digital, Macintosh sebagai komputer grafik pertama memberi perspektif baru bahawa keindahan seni dilakukan dengan indahnya dengan menggunakan teknik digital. Kedudukan komputer grafik telah diikuti oleh dunia PC, yang didominasi oleh dominator winTel (Windows-Intel). Daya serap pengguna terhadap teknologi-teknologi baru memberi kesan yang sangat besar terhadap kemajuan seni digital. Sebahagian besar pengguna komputer adalah pemakai PC kerana pemanfaatannya yang sangat multifungsi. PC merupakan perangkat komputer yang berfungsi sebagai alat bantu kerja sekaligus hiburan. 

Salah satu fungsi PC dalam dunia seni adalah sistem pengolahan digital grafik. Semenjak maraknya penggunaan PC, semakin banyak pereka yang mulai menceburi dan menggunakan digital grafik untuk menghasilkan karya-karyanya. Poster-poster yang tadinya banyak menggunakan grafik manual semakin banyak yang beralih menggunakan digital grafik yang kemudian dicetak. Begitu pula industri penyiaran, semakin tingginya minat terhadap animasi digital menggunakan komputer membuat animasi digital yang menarik untuk logo suatu acara (berita, sinetron, dll), filem, dan iklan-iklan. Dalam perkembangannya, seni digital mengalami kemajuan yang pesat. Beberapa tahun ini, pengolahan audio dan grafik secara digital semakin meningkat, hal ini dilihat dalam pelbagai segi kehidupan. 

Di televisyen, semakin banyak filem dan iklan yang memanfaatkan komputer untuk menghasilkan hasil seni digital yang canggih. Majalah dan media cetak semakin banyak memanfaatkan jasa pengolahan digital untuk menghasilkan digital grafik yang artistik. Begitu juga dengan muzik, semakin banyak yang memanfaatkan software komputer untuk memudahkan menghasilkan muzik-muzik dengan cara baru. Kebanyakan animasi-animasi yang diproduksi oleh PH-PH (production house) telah memanfaatkan teknologi komputer untuk menghasilkan grafik yang menarik. Pereka Animator semakin banyak yang menciptakan animasi suatu bangunan yang dirancang melalui komputer sehingga menjadi umum yang banyak digunakan. 



Karya-karya Steve Jobs memimpin CEO Apple Inc

1.  Apple l (1976). Apple l ini merupakan produk pertama dari CEO Apple Inc buatan Steve dan dilancurkan pada tahun 1976.


2.  Apple ll (1977) Steve memperkenalkan Apple ll ini tahun 1977 sebagai komputer peribadi pertama untuk grafik warna.

3.   Macintosh (1984) Pada tahun 1984, Macintosh komersial buatan Steve ini mulai dijual dan dimotori oleh Ridley Scott yang merupakan pengusaha kaya pada waktu itu.

4.  Apple llC (1984), Untuk Apple llC ini, Steve Jobs bekerjasama dengan Steve Wonzniak dalam pembuatannya. Dilancurkan 24 April 1984 dan selang beberapa bulan setelah pembuatan Macintosh.


5.  Macintosh Portable (1989), Ini merupakan perkembangan dari Macintosh sebelumnya,
dengan menggunakan layar Portable.
 

6.  Powerbook (1991), Steve berhasil membuat Powerbook pertama didunia. Sekarang ia berupaya seperti Laptop atau Notebook.


7.   iMac (1998), Diperkenal kan pertama kali tanggal 7 Mei 1998. iMac ini diplot sebagai inovasi dalam pereka komputer pada saat itu.
  

8.  iPod (2001), iPod ini pertama kali dikenalkan tahun 2001. Kedudukan iPod tersebut mendapat sambutan kerana adanya pemutar media digital.


9.   iPhone (2007), iPhone pertama kali dipasarkan tahun 29 Juni 2007 di AS. Ada beberapa genarasi iPhone dalam perkembangannya seperti iPhone 3G, 3GS dan 4.


10.   iPad (2010), iPad merupakan gadget terbaru keluaran Apple dan merupakan yang tercanggih. Fungsi utamanya adalah sebagai e-Book Reader dan fungsi lainnya adalah untuk muzik, filem dan internet.



Steve Jobs dan dilema inovasi Malaysia
Karim Raslan (Sinar Harian) 11 Oktober 2011,m/s 17

Steve Jobs telah meninggal dunia. Tahziah. Pencapaian pengasas Apple ini melebihi sesiapa sahaja dalam dunia teknologi maklumat - dan ini termasuklah Microsoft dan Bill Gates kerana beliau telah berjaya ‘menginsankan’ dan mempermudahkan komputer untuk semua lapisan masyarakat. Misalnya, ibu saya yang berusia 70-an juga mampu menggunakan Ipad2 dengan mudah lagi bergaya.

Kebijaksaan Jobs sememangnya terletak pada keupayaannya untuk melihat teknologi dari sudut pandang pengguna. Beliau bertanya soalan mudah tetapi kritikal: apa yang pengguna mahu dan perlu? Bagaimana saya boleh memenuhi tuntutan-tuntutan itu?

Daripada menghasilkan komputer yang rumit, Jobs telah mencipta peralatan yang bukan sahaja mudah diakses tetapi juga – anggun, intuitif dan berguna, ia boleh dipakai dimana sahaja. Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, beliau telah mengubah cara tradisi kita membaca buku, mendengar muzik dan menonton filem. Beliau membentuk cara  baru dengan meletakkan alatan rekaan beliau – iPod, iPhone dan iPad ditengah-tengah semua penyelesaian, sebagai zaman digital yang serba guna.

Dianggarkan sebanyak 100juta iPhone dan 25juta iPad dijual setakat ini. Ironik sekali, pada hari Jobs meninggal dunia – kerajaan India melancarkan komputer tabletnya sendiri yang digelar Sky. Ini merupakan penghormatan terbesar kepada Jobs – lebih bermakna daripada laman-laman web seluruh dunia.

Curahan hati dan tangisan yang dating dari seluruh dunia mengiringi pemergiaan Jobs membuktikan ikutan stail ikonoklastik beliau dan kehebatan berfikir secara berbeza serta melakukan sesuatu tanpa mengira kesan yang mendatang. Sesungguhnya, semua usahawan mempunyai sedikit Steve Jobs dalam darah mereka.

Namun demikian, kita tidak boleh mengetepikan elemen masib dalam kejayaan beliau – jika ditakdirkan Jobs meninggal dunia pada tahun 1990-an, beliau mungkin dilupakan dipinggiran sahara – sebagai seorang lagi pengusaha yang telah ditendang keluar dari syarikat yang beliau dirikan sendiri. Tambahan pula, sebagai anak seorang pendatang Syria, Jobs sememangnya bertuah kerana dilahirkan dibumi Amerika – bumi penuh peluang dan bertuah itu.
Mungkin tiada tempat selain Amerika, yang boleh memberikan peluang kepada seorang yang tidak tamat ijazah untuk membuka syarikat dari garaj rumah ibu bapanya dan mengubahanya menjadi sebuah syarikat gergasi multinasional dengan nilai pasaran sekitar USD 222bilion. Kita bukannya mahu mengangkat Jobs sebagai seorang wali.

Pergaduhan antara Jobs dengan teman-teman dan staf beliau sering dilaporkan. Malah, beliau juga bukannya seorang patriot yang bangga mengibarkan jalur Amerika Syarikat. Bukan seperti lagenda usahawan motor Henry Ford yang nasionalis, majority produk Apple dihasilkan di China dimana tuduhan kerahan buruh dan suasana pekerjaan yang buruk masih menghantui syarikat gergasi itu hingga ke hari ini.

Namun, tiada sesiapa yang boleh menidakkan bahawa Jobs menunjukkan semangat indivisualisma dan keusahawanan yang merupakan karakter jati Amerika. Sesungguhnya, kita dibentuk oleh persekitaran di mana kita dilahir dan dibesarkan. Justeru, ini yang membingungkan saya setiap kali pemimpin kita bercakap tentang inovasi dalam ekonomi Malaysia atau bercakap tentang perlunya menghasilkan genius.

Bagaimana jika Steve Jobs lahir di Malaysia? Adakah beliau mampu mengecap kejayaan yang beliau miliki dan tinggalkan hari ini, atau terpaksa mengejar kontrak-kontrak kerajaan? Jika kita mahu meningkatkan daya saing dalam inovasi, kita perlu sedar bahawa kreativiti dan inovasi merupakan fenomena budaya. Ini bukanlah sesuatu yang boleh dicetuskan dengan mengepam wang atau diwujudkan secara paksa dengan dasar kerajaan.

Kreativiti dan inovasi tidak boleh hidup tanpa adanya ekosistem risiko dan ganjaran dan ia mati jika kita mengutamakan warna kulit dan agama daripada bakat dan kepintaran.Sememangnya tiada insentif untuk rakyat berfikir secara bukan konvensional jika criteria untuk kaya ialah “siapa yang anda kenal’ dari “apa yang anda tahu”. Suka atau tidak, kreativiti juga adalah satu mainan politik.

Bayangkan, berapa ramai Jobs, Gates dan Zuckerberg versi Malaysia yang terkandas kerana mereka tidak mempunyai jaringan luas dan dilahirkan dalam komuniti yang salah? Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan 2012 sebagai tahun Inovasi Nasional. Ini mungkin tidak mendatangkan faedah selagi kita masih tidak member ganjaran setimpal dan adil kepada usaha gigih dan genius serta mengagung-agungkan mediaakritis dan mengikut secara membuta tuli. 

Amalan Selamat Guna Apple Mac
Firkhan (Utusan Malaysia) 17 Oktober 2011,m/s 25

Secara umunya, amalan yang selamat adalah sama sahaja iaitu pastikan data atau fail yang digunakan atau didapati daripada mana-mana punca adalah selamat  dan bukannya virus atau malware. Begitu juga ketika melayari Internet, amalkan budaya yang selamat. Namun begitu, di sini saya bincangkan beberapa amalan spesifik untuk pengguna computer peribadi yang berasaskan Apple Mac.

  • Hindari daripada amalan log in atau masuk ke dalam komputer secara automatic. Ia boleh dikonfigurasikan pada Login Option di Account dalam System Preference. Masukkan nilai Off pada Automatik Login dan tukar kepada Display Login Windows dengan Name and Password.
  • Pasang perisian antivirus kepada computer Mac dan kemas kini fail enjinnya selalu. Walaupun komputer Mac kebal virus  tetapi ia boleh menjadi pembawa virus dan seterusnya menjangkiti komputer yang lain. Di antara perisian antivirus yang digunakan untuk komputer seperti CalmXav, Sophos dan lain-lain.
  • Amalkan budaya selamat dalam melayari Internet. Boleh menggunakan aplikasi OpenDNS dan Google Public DNS untuk mengurangkan masalah spoofing dan phising ketika melayari Internet. Penggunaannya tidak memerlukan proses pemasangan tetapi hanya memasukkan alamat IP bagi aplikasi DNS tersebut ke dalam konfigurasi rangkaian atau pelayar web yang digunakan. Sebagai contoh untuk OpenDNS, masukkan alamat IP 208.67.222.222 dan 208.67.220.220 pada ruangan kosong DNS. Bagi Google Public DNS, masukkan alamat IP 8.8.8.8 dan 8.8.4.4 pada ruangan kosong DNS.
  • Hidupkan dan konfigurasikan dengan selamat aplikasi Firewall Lion dalam komputer Mac. Ia membantu menghalang keluar dan masuk trafik rangkaian yang tidak perlu dalam sesebuah komputer.
  • Penggunaan aplikasi FileVault dalam komputer Mac. Ia merupakan satu aplikasi yang digunakan untuk perlindungan data dan fail yang ada didalam komputer Mac. Ia juga mempunyai fungsi enkripsi untuk sesuatu data yang penting dan sensitive. Buat kajian yang terperinci terlebih dahulu sekiranya ia perlu digunakan dan pastikan dalam posisi teknologi maklumat sekiranya perlu.
Penggunaan kompter yang selamat perlu bagi mengelakkan masalah yang lebih besar lagi menimpa seperti kehilangan data, reputasi diri, wang dan nyawa. Kos penyediaan perimeter keselamatan ini lebih murah berbanding kos untuk mengembalikan data yang lebih rosak atau hilang.