Elemen Teks






Pengenalan
  
         Perkataan dan symbol merupakan antara elemen paling asas di dalam sesuatu sistem komunikasi manusia. Bagi tujuan komunikasi bertulis, teks memainkan peranan penting bagi menterjemahkan setiap perkataan atau ucapan lisan ke dalam bentuk bercetak. Dalam era komunikasi masa kini, penggunaan serta fungsi teks semakin diperluaskan lagi. Selain itu, ianya mampu membantu proses komunikasi secara digital. Gabungan penggunaan teks dengan media-media lain menambahkan lagi keberkesanan proses komunikasi masa kini.

Konsep Asas Teks dan Tipografi
          Tipografi merujuk kepada proses menyalurkan maklumat menerusi penggunaan muka taip dan juga font. Penggunaan teks akan menjadi lebih berkesan dan berkualiti sekiranya prinsip-prinsip tipografi yang bersesuaian diambil kira. Pelbagai prinsip, pendekatan, kesan khas, penggunaan warna yang bersesuaian boleh digunakan bagi memastikan teks yang digunakan dapat menyampaikan mesej dan tetapi juga dapat diterima oleh pengguna dengan selesa. Kini dengan perkembangan teknologi, pemilihan ciri-ciri font dari aspek saiz, stail dan sebagainya menjadi jauh lebih mudah dan pantas. Muka taip biasanya dikenali berdasarkan nama-nama khas yang diberikan kepadanya. Contohnya ialah Times New Roman, Arial, Courier dan Tahoma.  Font pula merupakan satu koleksi aksara yang mempunyai stail serupa yang dimiliki merupakan oleh sekumpulan muka taip. Sebagai contoh, jenis font yang biasa ialah bold dan italic.
Muka Taip dan Font
          Dua istilah utama yang paling utama dan perlu difahami ialah muka taip(typeface) dan font. Dalam dunia tipografi, font itu sebenarnya ialah muka taip atau typeface. Muka taip merupakan sekumpulan aksara grafik yang biasanya terdiri dalam pelbagai bentuk dan saiz. Setiap muka taip mempunyai bentuk paparan yang berbeza dan menjadikan setiap satunya unik. Muka taip biasanya dikenali berdasarkan nama-nama khas yang diberikan kepadanya. Contohnya ialah Times New Roman, Arial, Courier dan Tahoma. Font pula merupakan satu koleksi aksara yang mempunyai stail serupa yang dimiliki oleh sekumpulan muka taip. Sebagai contoh, jenis font yang biasa ialah bold dan italic. Selain itu, garisan dan sebagainya merupakan font tambahan yang sering digunakan. Seperti yang dikatakan Arial, Helvetica, Times New Roman merupakan antara beberapa contoh muka taip yang utama. 


Kategori-kategori Muka Taip

Terdapat banyak kategori muka taip yang ada dan ia sentiasa berkembang selari dengan peredaran dan keperluan semasa. Berikut merupakan sebahagian daripada kategori muka taip yang utama yang utama: