Tugasan IV

Tugasan IV : 
Dua Medium dalam Teknologi Media Baru yang Anda Minati dalam Penghasilan Karya.


 
Dalam era globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi, penggunaan teknologi baru dalam menggerakkan bidang seni visual semakin terserlah. Perkembangan teknologi komputer yang begitu cepat secara langsung mencabar pemikiran para karyawan untuk terus berkarya dan berinteraksi dengan bahan. 

Dua medium dalam teknologi media baru yang dipilih oleh penulis adalah komputer Apple Mac dan mesin digital percetakan. Pada masa kini, masyarakat mampu membeli dan memiliki PC dengan harga yang berpatutan. Medium ini amat penting pada zaman ini untuk melakukan pelbagai kerja dan dapat menghasilkan karya. Antara contoh karya yang dapat dihasilkan dengan menggunakan Apple Mac adalah animasi 2D dan 3D, rekabentuk grafik, video, mengubah gambar (editing photo), mencipta muzik,  dan lain-lain. Kesemua karya ini dapat dihasilkan dengan kualiti yang tinggi dan kreatif. Banyak software yang dapat digunakan seperti Adobe Photoshop, Illustrator, Affer Effect, Flash, Dreamweaver, Indesign, Premium, Reader, Autodesk Maya, 3D Maxs, dan banyak lagi. Daripada kesemua software ini dapat menghasilkan satu karya yang kreatif dan berkualiti untuk dijadikan sebagai media baru pada masa kini. Penciptaan komputer Apple Mac amat sesuai kepada pereka-pereka grafik untuk menghasilkan karya. Penulis memililh Apple Mac disebabkan oleh faktor kelajuan proses,  mempunyai grafik yang berkualiti tinggi, dapat membuka bnayak aplikasi dalam satu masa dan banyak lagi kelebihannya untuk menghasilkan karya.

Medium kedua yang dipilih oleh penulis adalah mesin digital percetakan. Kini, percetakan dijadikan sumber kepada menyampaikan maklumat. Maklumat tersebut dikeluarkan daripada mesin percetakan dan diedarkan kepada masyarakat. Mesin digital percetakan dapat menghasilkan sumber maklumat seperti banner, bunting, brochure, flyers, kad kahwin, poster, billboard dan sebagainya. Dengan cara ini, maklumat yang hendak disampaikan kepada masyarakat umum dapat dihantar dengan jelas dan cepat. Mesin ini juga dapat mengeluarkan dan mencetak banyak dalam satu masa. Ini akan dapat memudahkan pengguna dan mempercepatkan masa proses untuk menyiapkannya. 


Mesin digital percetakan dapat mengeluarkan karya yang berkualiti tinggi apabila sesebuah karya tersebut kreatif dan mengikut prinsip-prinsip rekabentuk digital. Selain itu, percetakan karya yang berkualiti juga berkaitan dengan penggunaan rekaan teknologi pada mesin tersebut. Pada masa kini, sudah banyak teknologi mesin percetakan yang dikeluarkan seperti Konica Minolta, Xerox, Canon, Recon dan banyak lagi. Kesemua ini mempunyai kekuatan dan kualitinya yang tersendiri apabila dicetak. Bidang percetakan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat disebabkan oleh persaingan perniagaan dan untuk mempromosikan perniagaan mereka.