Saturday 1 October 2011



Selamat datang ke laman blog Sejarah Media Baru daripada Mohd Hafizi bin Norazezan. Saya pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan di bawah Fakulti Teknologi Teknologi Kreatif dan Warisan (elektif Multimedia). Tujuan blog ini dicipta adalah untuk memperkenalkan subjek Sejarah Media Baru kepada masyarakat umum. Subjek ini diajar oleh En.Jasni Dolah.

Media baru adalah media yang berkembang pada era komunikasi interaktif. Secara karakteristik, media baru adalah media yang baru sama sekali sebagai sebahagian dari lompatan sejarah umat manusia seperti yang pernah terjadi pada kelahiran mesin cetak. Akan tetapi seperti sebuah alat transportasi, kehadiran media baru tidak serta-merta menghapus penggunaan media cetak dan telekomunikasi.


TUGASAN I :
Definisi  Media Baru 
“New media is a term meant to encompass the emergence of digital, computerized, or networked information and communication technologies in the later part of the 20th century. Most technologies described as “new media” are digital, often having characteristics of being manipulated, networkable, dense, compressible, interactive and impartial. Some examples may be the Internet, websites, computer multimedia, computer games, CD-ROMS, and DVDs. New media is not television programs, feature films, magazines, books, or paper-based publications.   Untuk keterangan lanjut, SILA KLIK DISINI...


TUGASAN II : 
 Huraikan Tentang Sumbangan Teknologi Apple Komputer dalam Penghasilan Karya Seni


Steven Paul "Steve" Jobs (24 Februari 1955 – 5 Oktober 2011)  ialah seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengasas, pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc. Jobs juga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney. Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam filem Toy Story (1995). Untuk keterangan lanjut, SILA KLIK DISINI...


TUGASAN III :
Kesan Penggunaan Media Baru dalam Penghasilan    Karya Daripada Ide, Rekaan, Tiruan dan Hakmilik Cipta

Sejak mulanya revolusi perusahaan sekitar tahun 1830an, tercetusnya revolusi baru dalam seni visual dengan pengenalan kamera atau rakaman gambar. Revolusi ini telah membuahkan satu paradigma baru dalam seni visual sama ada dari segi penggunaan bahan tersebut dan idea melalui teknologi. Kini, penggunaan media baru dalam penghasilan karya sudah mula berkembang. Cetusan fotografi membawa kepada media teknologi baru yang lain iaitu wayang gambar atau filem, video dan seterusnya komputer. Untuk keterangan lanjut, SILA KLIK DISINI...

TUGASAN IV : 
Dua Medium dalam Teknologi Media Baru yang Anda Minati dalam Penghasilan Karya.

Dalam era globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi, penggunaan teknologi baru dalam menggerakkan bidang seni visual semakin terserlah. Perkembangan teknologi komputer yang begitu cepat secara langsung mencabar pemikiran para karyawan untuk terus berkarya dan berinteraksi dengan bahan. Dua medium dalam teknologi media baru yang dipilih oleh penulis adalah komputer Apple Mac dan mesin digital percetakan. Pada masa kini, masyarakat mampu membeli dan memiliki PC dengan harga yang berpatutan. Medium ini amat penting pada zaman ini untuk melakukan pelbagai kerja dan dapat menghasilkan karya. .Untuk keterangan lanjut, SILA KLIK DISINI...

Elemen Teks

Perkataan dan symbol merupakan antara elemen paling asas di dalam sesuatu sistem komunikasi manusia. Bagi tujuan komunikasi bertulis, teks memainkan peranan penting bagi menterjemahkan setiap perkataan atau ucapan lisan ke dalam bentuk bercetak. Dalam era komunikasi masa kini, penggunaan serta fungsi teks semakin diperluaskan lagi. Selain itu, ianya mampu membantu proses komunikasi secara digital. Gabungan penggunaan teks dengan media-media lain menambahkan lagi keberkesanan proses komunikasi masa kini. Untuk keterangan lanjut, SILA KLIK DISINI...


2 comments:

  1. steve jobs tu buke ko abe demo? kayo r demo leh r bagi sako, kawe nok sikek....

    ReplyDelete
  2. hebat demo....kawe bg doh make ko ike demo atah tu...siye tgok lapo bena, lamo demo x bukak blog deh...pah2 nie nk mtk tunjuk ajar r...makane ike tu xsoh bayar r, kawe x kiro mano.

    ReplyDelete